Bagi memangku visi, misi dan objektif kami, FORMULA MR DON telah menggariskan Piagam Khidmat Pelanggan bagi memandu setiap pekerja ke arah mencapai tahap kecermelangan dalam perkhidmatan pelanggan. Piagam ini telah dihasilkan dari konsultasi dengan pelbagai jabatan dan kami percaya ianya akan menempatkan anda pada teras penyampaian perkhidmatan kami dalam memberi khidmat terbaik kepada setiap pelanggan.
Janji Kami
- Pantas dalam setiap tindakan
- Bersikap adil pada semua pengadilan dan keputusan
- Memastikan capaian kepada setiap maklumat dan perkhidmatan yang berkaitan
- Mematuhi undang-undang, polisi, syarat dan peraturan Malaysia
Perkhidmatan Kami
- Kami akan sentiasa bersikap mesra, senang didekati, profesional, beretika serta komersial
- Kami akan sentiasa memberi respon secara efisien kepada permintaan perkhidmatan dan pertanyaan
- Kami akan sentiasa menjalankan tugas yang dimandatkan kepada kami dengan ikhlas, jujur dan integriti
- Kami akan sentiasa bantu dalam membangunkan komuniti Bumiputera melalui keusahawanan